RSS

Betul ke sayang Nabi?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Aku tidak diutuskan untuk mengutuk, tetapi aku diutuskan sebagai pembawa rahmat. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

(Riwayat Muslim)

Nabi bersabar dalam kehidupannya. Walaupun dibaling batu, disimbah air busuk, dicerca dan dihina pun, Nabi masih mendoakan kebaikan untuk orang yang menyusahkannya. Sayang betul Nabi kepada kita sehingga sebelum baginda wafat, masih bertanya akan perihal umatnya.


Bagaimana pula perasaan kita terhadap Nabi kita???

Nabi pernah berkata kepada para sahabatnya, "Aku rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku". Bertanya Abu Bakar,"Bukankah kami ini saudara-saudaramu?"
Nabi membalas,"Kamu semua sahabat-sahabatku." "Aku rindu untuk bertemu mereka saudara-saudaraku"

"Saudara-saudara" yang dimaksudkan Nabi itu ialah KITA umat akhir zaman yang tidak pernah melihat atau bertemu Nabi tetapi beriman dengannya dan mencintainya melebihi kecintaan kita kepada anak dan kedua ibu bapa kita."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Berhenti Berdoa


Daripada Salman Al-Farisi, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah Taala itu Hidup lagi Mulia. Allah berasa MALU apabila seseorang itu mengangkat kedua-dua belah tangan kepada-Nya lalu ia menolaknya dalam keadaan kosong dan kecewa kedua-duanya."
(Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)




Jangan sekadar berdoa sahaja, usaha, ikhtiar dan tawakkal perlu disertakan bersama. Ada doa yang dimakbulkan, ada yang tidak. Ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang Tahu. Jangan berhenti berdoa kerana doa yang tidak dimakbulkan itu akan bertukar menjadi PAHALA yang akan datang membantu kita diakhirat sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS